rap

Dendam mangsa buli

Oleh Muhamad Shaifullah Tayep

SEBILANGAN daripada kita mungkin pernah menjadi mangsa buli di sekolah.

Rasa tidak puas hati, dendam dan sentiasa mencari peluang untuk membalas kejahatan yang dilakukan pembuli pasti ada.

Begitulah apa yang dirasai Cha Woo-Sol lakonan Kim Min-Seok, seorang mangsa buli yang dipenjarakan akibat persengketaan dengan Jung Won-Chang sebagai Bae Seok-Chan dalam filem Shark: The Beginning.

Cha Woo-Sol dikurung di pusat tahanan juvana bersumpah membalas dendam dan menunggu kebebasan.

Ketika menanti hari kebebasan, tanpa siapa jangka Cha Woo-Sol bertemu juara seni mempertahankan diri, Jung Do-Hyun lakonan Wi Ha-Jun bintang drama siri popular Netflix Korea, Squid Game.

Untuk terus hidup dalam penjara dan bersiap sedia bertemu Bae Seok-Chan sekali lagi, Cha Woo-Sol meminta Jung Do-Hyun mengajarnya cara berlawan gaya seni mempertahankan diri.

Persoalannya, kenapa Jung Do-Hyun berada di situ, adakah Cha Woo-Sol akhirnya berjaya mempertahankan dirinya dan bebas dari genggaman Bae Seok-Chan?

Saksikan aksi menarik ini dalam filem Shark: The Beginning pada harga RM12.90 untuk tontonan tanpa had selama 48 jam eksklusif di tonton CINEMA atau muat turun aplikasi tonton di App Store dan Google Play.

tonton CINEMA adalah platform penyedia kandungan strim pertama yang menayangkan filem Shark: The Beginning bermula 25 November 2021.

Disiarkan pada: December 3, 2021 @ 5:41pm
d