rap

Eyra Hazali hamil anak kedua, nangis berpelukan dengan suami

Oleh Zaara Talita

Kuala Lumpur: Pelakon Eyra Hazali mengumumkan dirinya hamil anak kedua dengan usia lima bulan.

Isteri kepada penjaga gol Johor Darul Ta'zim (JDT), Muhammad Haziq Nadzli itu menggunakan kaedah yang sama untuk berkongsi khabar gembira itu kepada suami dan anak sulungnya dengan menyerahkan hadiah berbentuk kit ujian kehamilan.

"Awak serius ke sayang? Atau ini adalah ujian kehamilan yang lama dulu?," kata Haziq menerusi hantaran video yang dimuat naik Eyra di Instagram.

Menerusi rakaman video itu, Eyra berkata kit ujian kehamilan itu adalah yang baru. 

"Saya baru menggunakan ujian kehamilan ini sebentar tadi, hendak melompat teruja tetapi awak berada di dalam bilik berhadapan itu. Saya ada membuat satu lagi ujian kehamilan di bawah," katanya.

Pasangan itu kemudian berpelukan dan tidak dapat menahan air mata kegembiraan.

Berita gembira itu kemudian dikongsi dengan ahli keluarga melalui panggilan video.

Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019. Majlis perkahwinan mereka diadakan secara sederhana di sebuah masjid di Kuala Lumpur.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Muhammad Hayder Qhalish Muhammad Haziq.

Disiarkan pada: January 3, 2022 @ 8:09pm
d