rap

Nafiez Zaidi, Fify Azmi belum rancang nak kahwin

Oleh Najiy Jefri

Kuala Lumpur: Pelakon Nafiez Zaidi, 30, mendedahkan sedang hangat bercinta dengan pelakon Fify Azmi, 32, sejak tiga bulan lalu.

Nafiez berkata, dia bagaimanapun belum mempunyai sebarang perancangan untuk membawa hubungan mereka ke fasa seterusnya.

"Sebenarnya kami sudah lama berkawan tapi hubungan kami mula serius sejak tiga bulan lalu selepas terbabit dengan penggambaran drama Ada Hantu 2. 

"Buat masa ini, kami belum ada sebarang perancangan untuk melangkah fasa pertunangan atau pernikahan. Tapi saya memang ada niat nak bawa hubungan ini lebih jauh, cuma tak tahu bila waktu yang tepat. 

"Lagipun usia kami berdua sudah mencecah 30 tahun dan saya akui sudah bersedia. Tapi soal jodoh ini rahsia Allah. Sama ada cepat atau lambat semuanya atas rezeki," katanya. 

Menurut Nafiez, dia mengakui bertuah apabila dipertemukan dengan wanita yang cukup lemah lembut dan menyokong. 

"Saya seronok setiap kali berpeluang berborak dengannya. Dia adalah wanita yang comel, lemah-lembut dan sangat memberi sokongan. 

"Kami saling faham kerja masing-masing. Dia pun tak banyak kerenah atau cerewet, jadi kami mudah untuk berkomunikasi," katanya.

Disiarkan pada: January 18, 2022 @ 3:11pm
d