rap

Andy tamatkan zaman bujang

Oleh HM Digital

PENYANYI juga anggota Shinhwa, Andy berkongsi khabar gembira sudah bertemu jodoh dan bakal melangsungkan perkahwinan. Tidak menyatakan tarikh, dia bagaimanapun cukup teruja.

Justeru, dia memutuskan untuk memaklumkan khabar bahagia itu kepada peminat Shinhwa yang digelar Shinhwa Changjo terlebih dulu.

Dia turut meminta restu mereka untuk melangkah ke fasa baharu.

"Kepada Shinhwa Changjo, 2022 adalah tahun ke-24 sejak kita mula bertemu. Tahun demi tahun berlalu, kasih sayang dan sokongan kamu berikan tidak pernah surut.

"Hari ini, saya mahu kamu menjadi yang pertama mendengar berita ini. Saya sudah bertemu seseorang untuk hidup sehidup semati, yang sentiasa membuatkan saya ketawa pada waktu susah serta sangat ambil berat diri saya.

"Tidak mahu hidup sendiri lagi, saya ingin bina kehidupan bersamanya. Mohon restu dan sokongan kamu semua. Saya berjanji akan terus tunjukkan sisi terbaik saya," katanya.

Andy adalah anggota ketiga Shinhwa yang mendirikan rumah tangga. Terdahulu, rakan kumpulannya Eric berkahwin pada 2017, manakala Junjin tahun lalu.

Disiarkan pada: January 20, 2022 @ 6:42am
d