rap

Akibat Covid-19, Aeril Zafrel kerap migrain

Oleh Najiy Jefri

Kuala Lumpur: Pelakon Aeril Zafrel yang dijangkiti Covid-19 sebanyak dua kali tahun lalu mengakui berdepan masalah migrain selepas bebas daripada virus itu.

Aeril berkata, hampir tiga bulan dia mengalami masalah sakit kepala sehingga perlu mendapatkan ubat penahan sakit.

"Gejala paling teruk yang dialami selepas dijangkiti Covid19 buat kali kedua adalah migrain. Hampir dua bulan saya mengalami sakit kepala yang teruk secara tiba-tiba.

"Jika saya makan lewat, sakit kepala akan menyerang sehingga perlu makan ubat penahan sakit untuk saya kembali okay. Alhamdulillah keadaan kesihatan saya sekarang baik-baik saja," katanya.

Menurut Aeril, disebabkan gejala selepas Covid-19 yang dialami dia mendapatkan rawatan di hospital untuk menjalani ujian x-ray.

"Saya terus buat ujian x-ray di bahagian paru-paru. Alhamdulillah semuanya normal dan tiada sebarang masalah. Saya dimaklumkan ramai juga pesakit Covid-19 yang mengalami kerosakan pada bahagian paru-paru dan sukar pulih," katanya.

Tahun lalu, Aeril mendedahkan dirinya dijangkiti Covid-19 sebanyak dua kali iaitu pada Januari dan Ogos.

Disiarkan pada: January 27, 2022 @ 3:50pm
d