rap

Stacy hamil?

Oleh Sudirman Mohd Tahir

 

Kuala Lumpur: "Mengandung ka Kak Stacy?"

Demikian antara pertanyaan peminat di ruangan komen Instagram penyanyi terkenal Stacy menerusi video memasak yang dimuat.

Soalan sama juga turut ditanya beberapa lagi pengguna laman sosial itu selain ada yang mendoakan semoga dipermudahkan urusan.

Persoalannya, adakah penyanyi lagu Duit itu benar benar hamil?

Stacy, 32, atau nama sebenarnya Ummu Shaikhah Stacy Anam ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia juga mendapat banyak pertanyaan sama dalam kalangan keluarga.

"Itu lah keluarga saya pun semua bertanya. Saya tidak sempat lagi nak balas mesej sebab semalam seharian saya kena migrain teruk sampai muntah muntah. Ini pun belum pergi klinik lagi.

"Saya nak buat pemeriksaan juga ni sebab makin gemuk kan?" seloroh Stacy.

Terdahulu Stacy dan pasangannya juga penyanyi Akim Ahmad baharu saja meraikan ulang tahun keenam perkahwinan mereka, semalam.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan cahaya mata perempuan diberi nama Eshaal yang kini berusia lima tahun.

 

Disiarkan pada: February 6, 2022 @ 1:44pm
d