rap

Tuah Mohd Zawawi menang Nissan Navara [METROTV]

Oleh Syafil Syazwan Jefri

Kuala Lumpur: Peraduan Lagu Molek Navara anjuran stesen radio di bawah naungan Media Prima Audio (MPA), Molek FM kini tiba di penghujungnya dan peserta Mohd Zawawi Ismail diumumkan sebagai juara. 

Menerusi kemenangan itu, Zawawi yang berasal dari Kuala Terengganu berjaya membawa pulang hadiah utama berupa Nissan Navara serba baharu berserta wang tunai RM100. 

"Alhamdulillah, semua ini rezeki anak-anak, dan saya menjadi orang yang terakhir berjaya membuka kunci di replika Nissan Navara menerusi cabaran yang terakhir. 

"Insya-Allah, saya akan terus menyokong Molek FM dan menjadi pendengar setia," katanya. 

Zawawi menjadi satu daripada 80 peserta peraduan Lagu Molek Navara dan melalui tiga cabaran iaitu membuka kotak misteri dengan kunci yang betul, membuka replika pintu menggunakan kunci yang dipilih secara rawak dan membuka replika pintu Nissan Navara. 

Ketua Pegawai Eksekutif MPA, Nazri Noran berkata, pihaknya akan terus memberikan kejutan sebagai tanda penghargaan buat pendengar setia stesen radio mereka.

"Tahniah kepada Mohd Zawawi Ismail kerana  berjaya membawa pulang sebuah Nissan Navara serba baharu di Grand Finale Lagu Molek Navara. 

"Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pendengar Molek FM dan akan berusaha untuk memberikan pelbagai kejutan dan juga penghargaan kepada pendengar kami terutamanya buat mereka yang berada di Pantai Timur, sekali gus mengumpul jumlah pendengar setia dan membina komuniti Molek FM. 

"Nantikan kempen menarik antaranya Cek Mek Molek FM yang mencari penyampai radio baharu di Molek FM dan banyak lagi," katanya. 

Penyampai radio Molek FM kini dibarisi oleh Mek Zura, Fizie, Izzul, Mat Dan dan Kai Hassan yang boleh didengari menerusi frekuensi 105.1 FM di Kota Bharu dan 93.6 FM di Kuala Terengganu.

 

Disiarkan pada: February 13, 2022 @ 2:41pm
d