rap

Atta dah jadi 'papa', Aurel selamat bersalin

Oleh Syafil Syazwan Jefri

Kuala Lumpur: YouTuber, penyanyi dan pelakon Atta Halilintar berkongsi berita gembira atas kelahiran cahaya mata pertama hasil perkahwinan dengan isterinya juga penyanyi, Aurel Hermansyah. 

Di Instagram, Atta memuat naik gambar tangannya memegang tangan bayi yang belum diumumkan nama dan digelar sebagai 'Baby A' saja.

"22-2-2022. Malaikat hidupku," tulisnya ringkas dalam ruangan keterangan. 

Semalam, Atta juga memuat naik gambarnya bersama Aurel ketika tiba dan berada di hospital. 

 

Selain Atta, Aurel juga turut ditemani bapanya, Anang Hermansyah, ibu, Krisdayanti, ibu tiri, Ashanty serta adiknya, Azriel Hermansyah.

Dalam hantaran lain di Instagram yang dibuat Atta semalam, dia turut memuat naik gambar bilik tidur anaknya yang dihiasi dengan kelengkapan berwarna merah jambu. 

"Nak, biliknya dah siap. Papa sudah bersiap sedia untuk menyambut kamu dari perut ibu hebatmu," tulisnya. 

Pasangan muda dikenali ramai ini berkahwin pada 3 April 2021. Terdahulu, pada Mei tahun lalu juga Aurel pernah mengalami keguguran ketika hamil.

 

Disiarkan pada: February 22, 2022 @ 11:59am
d