rap

Bapa Sheera Iskandar meninggal dunia

Oleh Najiy Jefri

Kuala Lumpur: Bapa pelakon Sheera Iskandar, Tengku Iskandar Putra meninggal dunia hari ini.

Berita duka itu dikongsi Sheera atau nama sebenarnya, Tengku Sheera Ilani menerusi hantaran di Instagram.

"Innalillahiwainnailaihirajiun. Ayahanda Sheera telah pulang ke Rahmatullah sebentar tadi.

"Semoga roh ayahandaku mendapat rahmat dengan anugerah keampunan daripada Allah SWT serta dikurniakan tempat di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh serta dimasukkan ke dalam syurga Allah SWT," tulisnya.

Rata-rata selebriti turut memberikan ucapan takziah kepada keluarga Sheera.

Antaranya Raja Ilya, Mustaqim Bahadon, Farahdhiya, Azhan Rani, Aaron Aziz dan ramai lagi.

Awal Februari lalu, Pelakon filem KL Gangster 2 itu memaklumkan bapanya jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital.

Sheera bagaimanapun tidak berkongsi mengenai penyakit yang dialami bapanya.

Disiarkan pada: February 28, 2022 @ 4:36pm
d