rap

Ifa Raziah mohon doakan segera pulih dari Covid-19

Oleh Ridzuan Abdul Rahman

Kuala Lumpur: Penyanyi dan pengacara Ifa Raziah, memaklumkan dia dan suaminya, Mohd Yani, kini positif Covid-19.  

   Ifa yang menggelarkan dirinya Miss Diva menerusi satu hantaran di Facebook meminta peminat mendoakan mereka segera sembuh.

   "Doakan Miss Diva segera pulih dari positif Covid-19. Dah lima hari Miss Diva dan suami dijangkiti.

    Semoga dipermudahkan segala urusan kami. Aamin Ya Rabbal Alamin," katanya. 

  Terdahulu, anak mereka iaitu Muhammad Shakir Aqili Mohd Yani, 17, dimaklumkan dijangkiti Covid-19 pada akhir Januari lalu. 

   Ketika itu, sebagai ibu Ifa sanggup menolak banyak tawaran kerja demi menumpukan perhatian terhadap pemulihan anak lelaki kesayangan itu. 

  Selain Ifa dan suaminya yang positif Covid-19, kini beberapa selebriti lain juga menjalani kuarantin akibat dijangkiti virus ini seperti Fazlina Ahmad Daud, Dr Fitri Haris, Janna Nick, Faye Kusairi dan kelmarin, Afieq Shazwan turut dijangkiti varian Omicron.

 

 

Disiarkan pada: March 6, 2022 @ 7:17pm
d