rap

Laudya Cynthia Bella tak mahu lagi bercinta

Oleh Agensi

Jakarta: Pelakon popular, Laudya Cynthia Bella yang pernah mengalami kegagalan rumah tangga bersama Engku Emran memaklumkan tidak mahu lagi menjalin percintaan dengan mana-mana lelaki sebelum berkahwin semula.

Bella berkata, dia mahu teliti memilih seseorang yang betul-betul menepati kehendaknya agar boleh dijadikan sebagai suami.

"Saya tidak mahu lagi bercinta dan berpegangan tangan seperti pasangan kekasih. Perbuatan itu seperti mengulangi menjadi diri saya yang sebelum ini.

"Saya sekarang tidak bercinta dengan sesiapa pun. Saya hanya mahu mengenali seseorang dan jika kedua-duanya serasi untuk bernikah, maka itu akan diteruskan," katanya.

Bella sebelum ini pernah dikaitkan dengan ramai lelaki antaranya pelakon Dimas Beck.

Bella berkahwin dengan Engku Emran pada September 2017 di Kuala Lumpur dan bercerai pada Julai 2020.

Disiarkan pada: March 10, 2022 @ 12:02pm
d