rap

Wani Kayrie dapat CGPA 3.39, subjek Finance C

Oleh Sudirman Mohd Tahir

 

Kuala Lumpur: "Sememangnya tidak mudah untuk belajar sambil bekerja. Lagi lagi saya pelajar sepenuh masa di Management & Science University (MSU), Shah Alam dan kena seimbangkan belajar dan kerjaya," kata penyanyi dan pelakon Wani Kayrie yang memperoleh nilai purata 3.39 pada peperiksaan akhir semester lima.

Menurut Wani, 22, atau nama sebenarnya Syazwani Maisarah Abdullah berkata, dia perlu berjaga pada waktu malam hingga pagi bagi menyiapkan segala tugasan selain perlu menjalankan tanggungjawab dalam kerjaya seni.

"Orang hanya nampak saya muat naik mengenai kerja dan seronok jalan jalan. Hakikatnya, ini lah orang yang berjaga macam burung hantu sampai pagi, siapkan tugasan di lokasi penggambaran, masuk kelas dalam talian di studio dan macam macam lagi.

"Alhamdulillah ya Allah atas keputusan ini. Walaupun Finance dapat C, memang dari sekolah takda bakat kira kira sampai lah sekarang, tapi saya bangga dengan diri untuk subjek teras undang-undang saya.

"Siang kerja, pastu sambung tugasan sampai pagi lepas tu esok bangun pagi 'shooting'. Memang kerja keras. Tapi, percayalah pada proses," katanya.

Wani juga penyanyi lagu Jangan Terlepas Pandang mengucapkan tahniah pada semua pelajar.

"Tahniah semua yang berjaya mengharungi hari hari jatuh dan berjaya bangkit tanpa ada orang tahu liku dan dugaan kita. Apa pun, percaya pada diri, jangan pernah putus asa dalam mencapai apa yang anda inginkan," katanya.

Terdahulu, menerus hantaran di Instagram Wani berkongsi keputusan peperiksaan semester lima diperoleh iaitu nilai purata terkumpul 3.39.

Disiarkan pada: March 14, 2022 @ 2:43pm
d