rap

Babak panas Zul Ariffin

Oleh Najiy Jefri

Kuala Lumpur: Pelakon popular, Zul Ariffin mencetuskan kontroversi apabila memuat naik video memaparkan beberapa babak panas dalam drama terbaharu lakonannya berjudul Perempuan Itu di Instagram, hari ini.

Menerusi video terbabit, Zul dilihat melakonkan beberapa babak panas dengan pelakon baru, Siti Hariesa.

Antara yang mencuri perhatian adalah ketika Zul merangkul badan Hariesa dan

menggendong wanita itu dari depan.

Tidak hanya itu, terdapat juga babak agak mengghairahkan ketika Hariesa menyuapkan 'whipped cream' ke dalam mulut Zul sebelum dia menghabiskannya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan video yang dimuat naik pelakon berusia 35 tahun itu selain tidak kurang juga yang menganggap babak yang dilakonkan agak keterlaluan.

"Makin banyak la kes rogol selepas ini. Dah macam filem lucah".

"Siapalah yang buat cerita macam ini, tak sesuai dengan kita orang Islam".

"Cerita Malaysia otak dah karat. Hmmm takut".

"Nak masuk Ramadan, begini gaya ceritanya".

Demikian sebahagian komen netizen di Instagram Zul.

Sehingga kini perkongsian Zul sudah mendapat lebih 150,000 tontonan dan 1,600 komen.

Sementara itu, cubaan Harian Metro menghubungi Zul bagi mendapatkan komennya tidak berjaya apabila panggilan telefon dan mesej WhatsApp tidak dijawab dan dibalas.

Disiarkan pada: March 18, 2022 @ 10:40pm
d