rap

Duit raya anak Neelofa RM14,020

Kuala Lumpur: Duit raya anak sulung pasangan selebriti Neelofa dan Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz iaitu Muhammad Bilal berjumlah RM14,020.

Ia dikongsikan Neelofa menerusi hantaran video di aplikasi TikTok yang mana dia dan suami mengira duit raya diterima anaknya itu pada sambutan hari raya baru-baru ini.

Menerusi video itu, PU Riz berterima kasih pada semua yang memberi duit raya pada anak mereka.

"Alhamdulillah, jazakallahukhair pada semua yang memberi duit raya pada Muhammad Bilal. Sampai ada juga beri 1000 Dirham. Jadi, Bilal punya duit raya tahun ini, hasil kutipan RM14,020. Masya-Allah, hebat daripada kita lagi," katanya.

Video yang baru dikongsikan Neelofa itu sudah mencecah lebih 700,000 tontonan, hampir 2000 komen dan lebih 6000 perkongsian semula.

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini juga, Neelofa dan PU Riz pertama kali berkongsi gambar mereka sekeluarga di Instagram, namun diletakkan emoji pada wajah anak mereka.

 

Disiarkan pada: May 9, 2022 @ 1:13pm
d