rap

'Korang semua kena tipu' - Noh Salleh

Oleh Zaara Talita

Kuala Lumpur: "Entahlah.. tiada komen. Korang semua kena tipu… good luck (selamat berjaya)".

Demikian ulas penyanyi Noh Salleh apabila mengulas mengenai desas desus keretakan rumah tangganya dengan selebriti Mizz Nina yang bertebaran di media sosial.

Katanya, tidak pernah timbul isu seperti yang diperkatakan sebaliknya dia lebih fokus terhadap anak angkat mereka, Musa yang kini sudah berusia tujuh bulan.

"Saya baru dimaklumkan oleh wakil pengurusan mengenai gosip yang timbul ini. Tak sangka ada cerita begini pula yang timbul.

"Apa yang boleh saya katakan itu adalah berita palsu," kata Noh.

Terdahulu, timbul dakwaan mengatakan rumah tangga Noh yang juga vokalis kumpulan Hujan dan Mizz Nina bermasalah. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011. Sekitar April lalu, pasangan itu memperkenalkan Musa sebagai anak angkat bagi menyerikan rumah tangga mereka.

"Apabila ada anak sayang itu di tahap berbeza. Saya baru sedar perkara itu.

"Sekarang ini lebih fokus kepada kesihatan anak. Setiap dua minggu sekali akan bawa anak kami melakukan pemeriksaan," katanya.

Disiarkan pada: July 13, 2022 @ 4:59pm
d