rap

Johan terkilan digugurkan ke Malam Gala di Jakarta

Oleh Sudirman Mohd Tahir

Kuala Lumpur: Pelakon yang memegang watak Yasin dalam filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan Johan As'ari terkilan dengan tindakan syarikat penerbitan, Studio Kembara kerana menggugurkan namanya daripada senarai barisan pelakon filem itu pada Malam Gala di Jakarta, Indonesia pada 26 Ogos ini.

Johan, 36, atau nama sebenarnya Johan Ariff As'ari berkata perkataan digugurkan itu kedengaran tidak manis dan memberi interpretasi yang berbeza.

"Saya tertanya-tanya mengapa mereka menggunakan perkataan digugurkan. Tak adakah perkataan lebih indah untuk digunakan?

"Saya anggap kelakar dan tidak profesional. Kalau saya tak pergi pun saya okey. Kalau saya dijemput oleh pengedar atau figura dari sana pun saya okey. Saya tak kisah keluarkan perbelanjaan sendiri," katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Johan menulis di ruangan komen hantaran Adi yang membayangkan dia seolah-olah menyokong tindakan Adi. 

"Kalau abang Kilau tidak hadir ke Malam Gala filem Mat Kilau di Jakarta, Yasin berat hati untuk ke majlis tersebut," tulisnya sambil mengiringi komen itu dengan tanda pagar #taatpadayangsatu

 

Disiarkan pada: August 22, 2022 @ 9:11pm
d