rap

RM BTS lelaki terkacak dunia tak betul

Los Angeles: Penganjur 100 Lelaki Paling Kacak Dunia, TC Candler menafikan anggota BTS iaitu RM, 28, diangkat sebagai lelaki terkacak dunia menewaskan hero adiwira Superman, Henry Cavill seperti yang tersebar.

TC Candler dalam satu kenyataan berkata, mereka belum lagi mengeluarkan senarai Top 5 kategori itu apatah lagi sudah ada pemenang.

"Kepada sesiapa yang bertanya dan menyebarkan 'meme' itu, kami belum pun keluarkan senarai akhir untuk 2022. Kami cuma keluarkan senarai penuh Top 100 pada akhir Disember nanti.

l"Walaupun kami sangat kagum dengan RM dan Henry Cavill, tiada siapa antara mereka sudah dipilih sebagai pemenang atau memasuki Top 5. Belum ada sebarang keputusan untuk 2022 sebelum kami buka undian pada Disember.

"Kalau anda nampak 'meme' atau berita mengenai perkara ini tukar di media sosial, tolong abaikan dan jangan kongsi," katanya.

Terdahulu, heboh apabila RM atau nama sebenarnya Kim Nam Joon diumumkan pemegang baharu gelaran itu dan Cavill dikatakan berada di tempat kedua.

Ini bukan pertama kali anggota BTS dinobatkan gelaran itu. Sebelum ini, Kim Tae Hyung atau V pernah memegang gelaran terbabit. 

Malah, V turut menewaskan Cavill, Noah Mills, Robert Pattinson dan Brad Pitt.

Senarai tahunan 100 Wajah Paling Tampan itu dimulakan TC Candler sejak 1990 bersama The Independent Critics.

Penganjurannya diiktiraf antara yang paling berprestij dan diperakui di seluruh dunia.

 

Disiarkan pada: August 24, 2022 @ 11:01am
d