rap

Penantian yang sangat berbaloi - Janna Nick

Oleh Zaara Talita

Kuala Lumpur: Pelakon Janna Nick berlapang dada berkongsi rasa bersyukur selepas dua tahun mengambil masa proses mencari, akhirnya dia dapat menyediakan rumah kedua yang lebih mewah untuk keselesaan keluarga.

Baginya, biarpun tempoh dua tahun bukanlah masa yang singkat, namun proses mencari rumah bersesuaian itu sangat berbaloi.

"Alhamdulillah, saya sangat bersyukur tapi tetap nak kena kerja keras lagi. Sebab semakin banyak komitmen, maka semakin bertambah la kegigihan bekerja.

"Tidak dinafikan, dua tahun proses saya nak mencari rumah yang sesuai. Alhamdulillah, jumpa juga yang bersesuaian dan bagi saya paling berbaloi," kata Janna.

Terdahulu, penyanyi lagu Gatal itu berkongsi video ruang dalam rumah empat tingkat miliknya yang juga mempunyai lift di Instagram.

Terdahulu, Janna Nick membeli rumah pertamanya yang bernilai kira-kira RM1 juta pada 2017.

Tambah Janna, rumah itu adalah persediaannya untuk membesarkan keluarga pada masa hadapan.

"Mungkin persediaan untuk membesarkan keluarga. Saya pilih pun untuk keselesaan keluarga saya yang ramai.

"Adik-adik lagi, mak semua nanti tinggal sekali. Sekarang rumah itu belum lagi diubah suai.

"Kena tunggu siap ubah suai sepenuhnya barulah pindah masuk. Mungkin hujung tahun hadapan," katanya.

Disiarkan pada: September 20, 2022 @ 12:35pm
d