rap

Brad Pitt, Emily makin intim

Oleh Agensi

Las Vegas: Aktor terkenal, Brad Pitt dilaporkan kerap bertemu dengan supermodel Versace, Emily Ratajkowski namun pasangan itu tidak menjalin hubungan cinta.

Menurut sumber kepada portal berita Mirror, aktor berusia 58 tahun itu kerap dilihat bersama Emily, 31, selepas model jelita itu berpisah dengan suaminya Sebastian Bear-McClard.

"Orang ramai sudah mula buat spekulasi mengenai hubungan mereka. Pitt tidak bercinta dengan sesiapa. Cuma ada individu yang sudah melihat kelibat mereka beberapa kali," kata sumber itu.

Emily kini dilaporkan sedang menghabiskan waktu di New York selepas berada di Itali untuk pertunjukan fesyen manakala Pitt pula dilaporkan sedang berada di Paris.

Dalam pada itu, sumber dalaman portal Hollywood pula melaporkan jejaka tampan yang sudah enam tahun menyandang gelaran duda itu turut dilihat bersama individu lain sejak kebelakangan ini.

"Nantikan. Barangkali ada yang bercinta secara rahsia," kata sumber kepada Hollywood.

Disiarkan pada: September 27, 2022 @ 8:30am
d