rap

Coolio sudah tiada

Oleh Agensi

Los Angeles: Penyanyi rap 90-an, Coolio yang popular dengan karya hit Gangsta's Paradise dan Fantastic Voyage disahkan meninggal dunia semalam.

Berita kematian penyanyian berusia 59 itu dikongsikan oleh sahabat yang juga pengurusnya, Jarez Posey, namun, tiada maklumat terperinci dikongsikan. 

Pada 1994, Coolio pernah berkongsi kenyataan mengenai bagaimana dia terbabit dalam penyalahgunaan dadah dan kemudian dapat keluar dari gejala itu selepas bekerja sebagai anggota bomba. 

"Saya bukan mencari karier, tetapi mencari jalan keluar dan cara untuk membersihkan diri daripada najis dadah. 

"Ia hampir membunuh saya dan saya tahu, saya harus berhenti. Sebagai anggota bomba, saya dilatih dengan penuh disiplin. 

"Setiap hari kami berlari, tidak merokok, tak minum minuman keras dan menggelak melakukan perkara seperti sebelum ini," katanya. 

Karier seninya sebagai penyanyi rap bermula pada era 80-an dan mencipta nama secara 'underground'. 

 

Disiarkan pada: September 29, 2022 @ 12:40pm
d