rap

Adam tak cemburu, 'gila bayang' pada bekas isteri

Oleh Zaara Talita

Kuala Lumpur: Pelakon Adam Shahz menjelaskan langsung tiada rasa cemburu apabila bekas isterinya, Fatin Afeefa dikatakan sudah mempunyai kekasih selain bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Malah dengan rela, dia memudahkan proses selepas Fatin menghubunginya untuk bertanyakan dan meminta bantuan mendapatkan sijil perceraian bagi urusan pernikahannya.

"Dia ada tanya saya sudah ambil sijil cerai atau tidak. Saya bagi saja apa yang diminta supaya urusannya lancar. Saya sudah tiada apa-apa perasaan pun padanya.

"Jadi mana timbul cerita saya cemburu atau gila bayang. Saya ada kehidupan sendiri. Siapa yang tak 'move on'? Kami sudah lima tahun bercerai," kata Adam.

Tambahnya, dia mengakui jelak melayan 'drama' bekas isterinya yang mengumumkan mahu angkat kaki dari dunia seni disebabkan tidak tahan berdepan tohmahan.

Katanya, dia tiada kaitan dengan segala tindakan wanita itu yang seolah-olah sengaja mencari pasal apabila kerap mengaitkan namanya supaya dikecam masyarakat.

Menurut Adam lagi, sekiranya Fatin tidak berpuas hati dengan isu nafkah, dia mencabar bekas isterinya itu untuk membawa kes tersebut ke muka pengadilan, bukannya mengadu dalam media sosial.

Semalam, Fatin yang popular dengan filem Tentang Bulan mengumumkan sudah 10 bulan berhenti berlakon kerana enggan kontroversi dengan bekas suami turut memberi kesan terhadap anak.

Disiarkan pada: November 1, 2022 @ 5:52pm
d