rap

PRU-15: Eizlan Yusof calon GTA di Sabak Bernam, Ahmad Idham di Port Dickson

Oleh Ridzuan Abdul Rahman

Bandar Baru Bangi : Pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof berharap pembabitannya dalam politik bakal memberi manfaat kepada semua pihak.

Eizlan yang juga penerbit dan pengarah itu antara calon yang diumumkan akan bertanding mewakili Gerakan Tanah Air (GTA) di Parlimen Sabak Bernam dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pelantikan sebagai calon diumumkan Pengerusi GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad di Pusat Konvensyen Bangi, di sini, hari ini.

"Ini adalah satu tanggung jawab besar yang harus saya pikul demi bangsa dan negara. Saya harap pembabitan di dalam politik memberi manfaat kepada semua, terutama Parlimen Sabak Bernam yang saya wakili sekiranya terpilih," katanya.

Eizlan berkata, dia pada awalnya tidak meletak sebarang harapan untuk dicalonkan walaupun dilantik sebagai Ketua Penerangan Pejuang Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebelum ini.

Turut dicalonkan ialah pelakon, pengarah dan penerbit, Dr Ahmad Idham yang bakal bertanding di Parlimen Port Dickson.

Disiarkan pada: November 2, 2022 @ 9:33pm
d