rap

Riena Diana bakal 'naik pelamin' dengan kekasih tahun depan

Oleh Najiy Jefri

Kuala Lumpur: Pelakon Riena Diana, 25, mendedahkan dia bakal mendirikan rumah tangga dengan teman lelakinya dikenali Nik Afiq pada tahun depan. 

Rina berkata, dia dan kekasihnya bagaimanapun belum menetapkan tarikh rasmi bagi hari bahagia mereka itu.

"Selepas hampir empat tahun mengenali hati budi, kami ingin membawa hubungan ini ke fasa seterusnya.

"Jadi kami merancang untuk menamatkan zaman bujang pada tahun depan.

"Doakan semoga perancangan ini dipermudahkan dan berjalan dengan lancar," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Riena, setakat ini belum ada sebarang persiapan dilakukan kerana majlis perkahwinannya dijangka berlangsung hujung tahun depan.

"Belum ada sebarang persiapan tetapi lebih kepada mengenali hati budi keluarga belah teman lelaki.

"Alhamdulillah, saya dengan keluarga Nik sangat rapat. Kami selalu bertemu sebab keluarganya menetap di Melawati saja," katanya.

 

Disiarkan pada: November 28, 2022 @ 7:51pm
d