rap

Cinta Riena Diana, Nik Afiq dah berakhir

Oleh Najiy Jefri

Kuala Lumpur: Selepas empat tahun menyulam bahagia, pelakon, Riena Diana mendedahkan hubungan cintanya dengan Nik Afiq berakhir minggu lalu.

Riena berkata, selepas hampir seminggu berpisah baru kini dia bersedia untuk berkongsi kepada umum.

"Ya kami sudah berpisah. Mungkin ini jalan terbaik buat kami berdua.

"Maaf saya tak dapat nak kongsikan punca perpisahan ini. Biarlah apa yang terjadi kekal menjadi rahsia.

"Kami berpisah pun secara baik. Buat masa ini saya nak tenangkan fikiran dan perbaiki diri menjadi insan yang lebih baik," katanya.

Menurut Riena, dia reda apabila impian untuk mendirikan rumah tangga tidak kesampaian dan tidak menolak sekiranya dijodohkan semula dengan Nik Afiq.

"Andai ada jodoh kami berdua, saya tidak menolak. Lagipun perkenalan kami sudah lama. Hubungan saya dengan keluarganya pun masih baik.

"Tidak dinafikan Nik seorang lelaki yang baik. Walaupun saya pernah cakap nak berkahwin sebelum ini, tapi soal perkahwinan tidak boleh dibuat main. Apapun saya doakan yang terbaik buat dia," katanya.

Disiarkan pada: December 22, 2022 @ 12:15pm
d