rap

Syamsul Yusof nak saman Jawi RM10 juta

Oleh Norhayati Nordin

 

Kuala Lumpur: Pengarah filem, Syamsul Yusof, 38, akan mengambil tindakan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sebanyak RM10 juta kerana didakwa mengeluarkan satu kenyataan fitnah terhadap keluarganya bahawa dia sudah berkahwin lagi.

Syamsul menerusi satu hantaran di media sosial berkata, Jawi sudah memberi maklumat tidak benar itu kepada ahli keluarganya sedangkan ia tidak benar dan palsu.

"Perkara itu juga adalah dokumen rasmi kerajaan. Saya anggap saya perlu ambil tindakan ini untuk menyaman Jawi sebanyak RM10 juta. Setakat ini, itu yang boleh saya katakan dulu," katanya.

Menurut Syamsul, cukuplah dia berkongsi sebab untuk mengambil tindakan saman itu dan selebihnya akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Difahamkan, Syamsul kini berhadapan kemelut rumah tangga dengan isterinya juga pelakon Puteri Sarah, 37, atas dakwaan kehadiran 'orang ketiga' dikenali Ira Kazar yang dikatakan mengganggu rumah tangga mereka.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.

Disiarkan pada: December 22, 2022 @ 9:13pm
d