rap

Zarina Anjoulie temui cinta

Oleh Syafil Syazwan Jefri

Kuala Lumpur: "Betul, memang bercinta." Demikian kata pelakon, Zarina Anjoulie ketika dihubungi dan diminta untuk menjawab spekulasi mengenai hubungannya dengan jejaka dikenali Datuk Seri Khazrul Elzey.

Zarina yang lebih mesra disapa dengan panggilan Anju berkata, dia tidak mahu terlalu menguar-uarkan mengenai kisah percintaan dan perancangannya untuk melangkah ke alam perkahwinan.

"Insya-Allah, masanya sudah hampir. Tapi, saya tak mahu terlalu beria berkongsi sebab, bagaimana kalau tiba-tiba tak jadi.

"Setiap yang bercinta, tentunya merancang untuk melangkah ke alam perkahwinan. Kalau jadi, Insya-Allah, jadilah. Sebab itu kita kena rancang dengan teliti. Setakat ini, Alhamdulillah," katanya kepada Harian Metro.

Berdasarkan beberapa hantaran di akaun TikTok Khazrul, Anju dilihat sudah bertemu dengan ibu serta anak-anak kepada jejaka berstatus duda itu.

"Ya, saya dah berjumpa dengan anak-anaknya," katanya.

Terdahulu, beberapa video dan gambar di yang muncul di media sosial memaparkan Anju dan Khazrul menimbulkan teka teki dalam kalangan netizen dan peminat-peminatnya.

Disiarkan pada: December 26, 2022 @ 1:06pm
d