rap

'Saya pakai inner' - Rozita Che Wan

Oleh Najiy Jefri

"Saya belum nyanyuk untuk dedahkan betis saya yang gebu ini," kata pelakon jelita, Rozita Che Wan yang ditegur netizen gara-gara mendakwa ternampak betis dan peha dalam video yang dimuat naik di Instagram.

Rozita atau mesra disapa Che Ta berkata, sebagai wanita muslimah dia masih menjaga aurat dan berharap netizen tidak cepat menjatuhkan hukum terhadap seseorang.

"Mereka nampak bulu betis saya ke? Kalau nampak berapa helai? Saya mohon netizen janganlah kaitkan nama saya dengan kontroversi awal tahun ini.

"Jangan cepat nampak orang punya kesalahan, sebaliknya mereka kena husnuzon. Sudah tentulah saya pakai 'inner' supaya dapat menjaga aurat saya daripada terdedah.

"Apapun saya bersangka baik. Mungkin sekali pandang mereka tidak perasan. Tapi saya masih ingat ketika merakam video itu saya memakai 'inner' kerana seharian menjalani penggambaran," katanya.

Menurut Che Ta, dia mengaku sudah penat untuk berdepan dengan sebarang kontroversi dan kini lebih berhati-hati dalam setiap perkongsian di media sosial.

"Saya dah penat dengan kontroversi apabila orang luar tidak henti bangkitkan saya punya kekhilafan. Jadi setiap kali saya muat naik sesuatu saya akan tengok banyak kali. Saya dah penat untuk menjawab semua ini. Apabila saya memberikan komen tetap akan ada yang menghentam.

"Kalau betullah saya mendedahkan aurat sudah tentu orang di sekeliling akan tegur. Walaupun suami saya bukan ustaz, tapi dia akan selalu tegur. Jika sebelum ini baju saya singkat pun dia tegur, apatah lagi betis yang gebu ini," katanya.

Terdahulu, netizen mendakwa skirt terbelah yang dipakai Che Ta seakan tidak sesuai apabila menampakkan bahagian peha dan betisnya ketika berjalan.

Disiarkan pada: January 6, 2023 @ 5:47pm
d