rap

Ibu Syamsul Yusof tak mahu diganggu

Oleh Najiy Jefri

Kuala Lumpur: Ibu kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail memohon supaya dirinya tidak diganggu berhubung isu tuntutan cerai menantunya, Puteri Sarah Liyana di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Patimah berkata, dia enggan kenyataan yang bakal dikeluarkan akan membuatkan dia pula dihina netizen.

Sebelum ini, Patimah yang juga isteri penerbit terkemuka, Datuk Yusof Haslam menjadi perhatian netizen terhadap setiap komen ditulisnya berhubung isu perkahwinan kali kedua anaknya dengan Ira Kazar.

Sejak berita perkahwinan Syamsul dan Ira Kazar di Thailand hangat diperkatakan, Patimah juga didapati meninggalkan beberapa komen di media sosial, terutama membabitkan hantaran dibuat menantunya yang juga pelakon, Puteri Sarah Liyana.

Komen Patimah menjadi perhatian dan hangat di portal-portal hiburan kerana kelantangannya mempertahankan Puteri Sarah, sekali gus tindakan itu dianggap netizen amat wajar bagi seorang ibu mentua yang menganggap menantu seperti anak sendiri.

Disiarkan pada: January 16, 2023 @ 4:10pm
d