rap

Shila kehilangan nenek tercinta

Kuala Lumpur: Penyanyi Shila Amzah, 33, berkongsi kehilangan nenek tercintanya Senah Md Som, 86, yang meninggal dunia semalam.

Menurut Shila, Allahyarham Senah yang juga mesra dengan sapaan Wan cukup peramah dan baik hati orangnya.

"Assalamualaikum. Dukacita dimaklumkan bahawa nenek saya kembali ke rahmatullah malam tadi. Saya mohon sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat nenek saya.

"Semoga Allahyarhamah diampunkan segala dosa, dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

"Wan saya, nenek saya adalah yang paling baik hati, hatinya cukup murni," katanya.

Shila berkata dia pastinya merindui celoteh neneknya dan sedih tidak akan dapat merasa juadah hasil tangannya setiap kali sambutan Aidilfitri selepas ini.

"Kali terakhir kami berbual, dia sentiasa berjenaka termasuk tanya bila saya bawa balik teman lelaki. Kalau sudah suka, kahwin sajalah, buat apa buang masa, bawa balik jumpa Wan.

"Wan, saya akan rindu Wan, saya sayang Wan. Saya kehilangan nenek saya, namun akan sentiasa ingat setiap kenangan kami bersama.

"Sunyi nak masak raya tahun ini. Sambal kentang Wan, sambal kacang," katanya.

Disiarkan pada: January 28, 2023 @ 4:32pm
d