rap

Hafidz Roshdi 'terkena' fitnah apa tu?

 

Kuala Lumpur: Pelakon Hafidz Roshdi, 29, yang jarang berkongsi  foto bersama isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri di media sosial, melainkan aktiviti karier lakonannya menarik perhatian menerusi hantaran foto mereka berdua di Instagram Story.

Dengan disertakan juga keratan lagu berjudul Fitnah daripada nyanyian, Ical Mosh yang berulang-ulang melontarkan perkataan 'ini zaman fitnah, ini zaman fitnah' bagai membawa satu tanda tanya?

Apakah maksud cuba disampaikan pelakon drama Tundukkan Playboy Itu yang juga bapa kepada dua anak berkenaan apabila perkongsian 'secara tiba-tiba' di Instgram Story yang disertakan juga waktu fotonya dan isteri diambil, jam 4.42 petang.

Terdahulu, Hafidz yang juga bekas peserta Hero Remaja 2011/2012 mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan, Nurul Shuhada pada 30 April 2016 selepas berkenalan selama tiga tahun ketika masing-masing meneruskan pengajian mereka di universiti.

Hasil perkongsian hidup itu, pasangan sejoli ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, kini berusia tiga tahun.

Sejak mendirikan rumah tangga ketika kemuncak populariti dirinya sebagai pelakon, Hafidz juga didapati 'bersih' daripada sebarang gosip dan kontroversi berkaitan rumah tangganya.

 

Disiarkan pada: January 29, 2023 @ 7:54pm
d