rap

Afifah Nasir tak mahu bakal suami 'taksub' dengan media sosial

Oleh Zaara Talita

Kuala Lumpur : Pelakon, Afifah Nasir mahu bakal suaminya seorang tidak terlalu 'hidup' dengan media sosial, tidak memiliki kerjaya dalam bidang hiburan dan menghormati ruang peribadinya.

Afifah berkata, tidak semua perkara dia akan kongsikan di media sosial dan dia juga tidak gemar meletakkan gambar teman lelaki di Instagram.

"Memandangkan saya meletakkan had untuk ruang peribadi, saya juga tertarik dengan lelaki yang tidak terlalu taksub dengan media sosial. Bukan semua perkara perlu dimuat naik.

"Kalau boleh tiada akaun media sosial lebih baik. Tetapi, zaman begini jaranglah orang tidak ada Instagram, kan?

"Itu juga antara faktor menarik minat saya untuk menjalinkan hubungan ke arah serius bersama teman lelaki. Dia bukan orang industri dan tidak aktif dengan media sosial," katanya.

Afifah berkata, dia dan bakal suaminya hanya mampu merancang, namun semuanya bergantung kepada ketentuan Allah.

"Perancangan itu memang ada, cuma saya akan sibuk sepanjang tahun sebab ada beberapa tawaran kerja yang saya dah setuju dari awal. Jadi, tak elok pula kalau nak batalkan sebab nak berkahwin.

"Kalau tanya saya, mestilah saya nak (langsungkan) secepat mungkin. Tapi, kita hanya merancang dan Allah yang tentukan," katanya.

Disiarkan pada: January 31, 2023 @ 2:36pm
d