rap

Konsep 'baju salji' Aina Abdul buat penonton terjerit-jerit

Oleh Najiy Jefri

Kuala Lumpur: Biarpun belum membuat persembahan, penyanyi Aina Abdul menerima jeritan dan laungan daripada peminat di malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-37 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini.

Rata-rata penonton seakan-akan 'histeria' sebaik melihat kelibat Aina naik ke atas pentas dengan konsep salji.

Lebih mengujakan, ketika siaran berhenti untuk iklan, penonton tidak berhenti menjerit dan memberikan sokongan kepada penyanyi yang mempertaruhkan lagu Terus Hidup hasil ciptaaan sepenuhnya itu.

Malah, kehadiran Aina di atas pentas antara yang menerima jeritan kuat daripada penonton sepanjang penyanyi itu membuat persembahan.

Aina yang sentiasa bereksperimentasi dengan setiap busana pada penganjuran AJL turut tampil dengan gaya unik hasil sentuhan pereka fesyen Melinda Looi pada AJL37.

Pada persembahan penuh memukau itu, Aina membawakan dua pemain violin dan gitar di atas pentas.

Malah pada penghujung persembahannya, Aina menerima 'standing ovation' daripada penonton serta peminat yang terpaku dengan kekuatan vokal yang dimilikinya.

Tidak hanya itu, penonton turut teruja apabila ada 'salji' jatuh daripada atas sebagai simbolik kepada konsep persembahannya malam ini.

Disiarkan pada: February 13, 2023 @ 12:12am
d