rap

Fizz Fairuz kasihan nak suruh Almy Nadia kurus

Oleh Zaara Talita

Kuala Lumpur: Walaupun dikecam netizen susulan kenyataannya enggan membenarkan isterinya kurus, pelakon, Datuk Fizz Fairuz mempunyai alasan tersendiri.

Pelakon berusia 43 tahun itu berkata, dia tidak kisah dengan kritikan dan kata-kata negatif yang dilemparkan kerana berpendapat hanya dia yang lebih mengenali isterinya, Datin Almy Nadia.

"Bila mereka kata yang agak negatif, saya ambil semua komen-komen yang diberikan. Saya boleh saja nak bagi dia kurus tetapi saya lebih kepada kasihankan dia. Ini kerana dia nak kena fikir untuk jaga anak, memasak dan sebagainya.

"Kalau dia fikir mengenai berat badan dan kurus, saya risau dia akan terbeban dengan itu. Untuk dia turunkan berat secara drastik memang tidak boleh, kena ambil masa dua hingga tiga minggu juga.

"Dia pula sejenis yang tak boleh duduk diam, ada saja kerja yang dia nak buat," katanya kepada Harian Metro.

Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin berkata, jika dia meminta Almy untuk menurunkan berat badan, dia berasa bimbang perkara itu menjadi satu tekanan buat isterinya.

Terdahulu, Fizz dikecam kerana mengeluarkan kenyataan akan menghamilkan isterinya sekiranya Almy menyimpan hasrat untuk kurus.

Fizz berjata, dia bersyukur kerana memiliki isteri yang dianggap sempurna kerana pandai menguruskan rumah tangga dan anak-anak.

Disiarkan pada: February 17, 2023 @ 2:00pm
d