rap

Zara Zya dah bertunang ke?

Oleh Zaara Talita

Kuala Lumpur : Tular gambar pelakon Zara Zya disarungkan cincin menimbulkan tanda tanya sama ada pelakon itu kini bergelar tunangan orang. 

Biarpun gambar yang disebarkan itu diambil dari posisi jauh namun jelas menampakkan wajah pelakon yang popular menerusi drama bersiri Risik Pada Hati itu.

"Maaf buat masa ini saya tidak boleh berikan sebarang komen. Apabila tiba masanya nanti, pasti saya akan berkongsi kepada umum.

"Apa yang boleh saya katakan adalah doa yang baik-baik saja buat saya. Terima kasih semua," katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, sekeping gambar Zara atau pemilik nama penuh Zainurul Razia Mohd Zainuddin,38, disarungkan cincin dengan pakaian serba putih.

Sebelum ini, Zara juga turut dikaitkan dengan pelawak, Shuib apabila video yang dimuat naik di media sosial bersama pelawak terbabit menjadi tular.

Menerusi perkongsian itu, dia memohon agar netizen berhenti menjodohkan dia dengan Shuib yang mempunyai kehidupan sendiri.

Selain Shuib, dia juga pernah di 'kenenkan' dengan rakan baiknya iaitu usahawan kosmetik, Datuk Alha Alfa.

 

 

Disiarkan pada: February 21, 2023 @ 6:33pm
d