rap

'Nurul Shuhada ada hubungi saya' - Puteri Sarah

Kuala Lumpur: Pelakon, Puteri Sarah, 38, ada membimbing Nurul Shuhada Mat Shukri apa yang perlu dilakukan sewaktu isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi itu menghubunginya ketika dia berada di Madinah, baru-baru ini.

Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, dia lega dapat membuka jalan membimbing wanita lain supaya terus kuat berdepan masalah rumah tangga.

"Ketika saya di Madinah, dia ada hubungi dan tanya macam mana dan minta saya beri tunjuk ajar. Tapi saya tak nak beritahulah.

"Dia minta bimbingan daripada saya dan minta doakan untuk dia ketika saya di Madinah dan Makkah hari itu. Memang saya tolong dia, saya bimbing dia langkah demi langkah apa nak buat.

"Laporan polis semua, pergi jabatan agama, saya yang bimbing dia," katanya menerusi sesi siaran langsung di TikTok, semalam.

Puteri Sarah berkata, dia amat prihatin untuk memperjuangkan nasib wanita supaya mereka tahu apa perlu dilakukan dan tidak lemah berdepan masalah.

"Saya berjuang bukan untuk saya saja, tapi juga untuk wanita-wanita yang teraniaya. Saya bukakan jalan dia orang, itu niat saya," katanya.

Puteri Sarah turut menjelaskan perkongsian itu bukan berniat mahu bercerita hal buruk, sebaliknya dia meminta netizen menghindar daripada berburuk sangka.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Hafidz, 29, didakwa sudah menceraikan Nurul Shuhada dengan talak satu bersaksikan keluarga.

Nurul Shuhada juga akan ke mahkamah pada 1 Mac ini untuk pengesahan lafaz cerai itu.

Disiarkan pada: February 25, 2023 @ 2:57pm
d