rap

Artis lelaki popular era 80-an nikah lagi satu?

Oleh Ridzuan Abdul Rahman

Kuala Lumpur: Seorang penyanyi dan pelakon lelaki popular era 1980-an dikatakan bernikah lagi satu secara rahsia.

Difahamkan, isteri barunya ini masih muda dengan jarak usia yang jauh dengan artis terbabit.

Menurut sumber, ramai penduduk berdekatan tempat tinggal mereka mengesyaki sesuatu apabila sering melihat artis lelaki itu di situ.

"Bagaimanapun, mereka enggan menghebohkan perkara ini kerana ia masih samar-samar dan takut menimbulkan fitnah.

"Namun, baru-baru ini ada kejadian membabitkan mereka hingga membawa kepada laporan polis. Menerusi apa yang berlaku, dipercayai artis dan wanita terbabit adalah pasangan suami isteri. Namun, butiran lanjut tidak diketahui," kata sumber itu.

Namun, ada desas-desus mengatakan rumah tangga mereka sedang bermasalah dan di ambang perceraian.

Bagaimanapun, kehadiran mereka berdua menonton pertandingan nyanyian membabitkan anak mereka yang juga seorang penyanyi wanita popular baru-baru ini menepis dakwaan itu.

Disiarkan pada: February 27, 2023 @ 6:46pm
d