rap

Mentua beri sokongan, jadi saksi kes Puteri Sarah [METROTV]

Oleh Najiy Jefri

Kuala Lumpur: Pelakon Puteri Sarah Liyana memberitahu ibu dan bapa mentuanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail bakal menjadi pencelah dan saksi membabitkan krisis rumah tangganya bersama pengarah Syamsul Yusof.

Puteri Sarah berkata, ibu mentuanya baru menghubunginya pagi tadi bagi memaklumkan sokongan yang akan diberikan kepada dirinya.

"Mak dan bapa mentua saya baru hubungi pagi tadi maklumkan mereka ingin mencelah dan menjadi saksi apabila berhadapan dengan orang ketiga dan Syamsul.

"Mereka sanggup nak beri keterangan kerana mereka sentiasa dengan saya, mereka nampak apa yang berlaku. Malah mereka turut titipkan doa untuk saya hari ini," katanya.

Ditanya adakah masih menyimpan rasa sayang terhadap suaminya, Puteri Sarah berkata, perasaan sayang sudah lama tidak wujud.

"Tolong lepaskan saya. Perasaan sayang sudah tiada," katanya.

Menerusi prosiding hari ini, Syamsul enggan melepaskan isterinya, dan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur mengarahkan pasangan berkenaan dirujuk kepada Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).

Sebelum itu, Puteri Sarah mengemukakan bukti baharu yang mendakwa pernah dipukul suaminya itu sekitar 2020, namun tidak membuat laporan polis kerana ketika itu masih sayang.

Berita berkaitan:

Puteri Sarah dakwa pernah dipukul Syamsul

'Saya sudah lama reda' - Puteri Sarah [METROTV]

Syamsul Yusof hanya geleng kepala

Mahkamah arah Puteri Sarah, Syamsul lantik JKP [METROTV]

Disiarkan pada: March 7, 2023 @ 1:42pm
d