rap

Maya Karin dah bertemu kekasih hati

Oleh Ramlah Zainal

Kuala Lumpur: Maya Karin, 43, mengakui dia kini berkawan rapat dengan jejaka Perancis yang dikenalinya sejak tahun lalu.

Maya atau nama sebenarnya, Maya Karin Roelcke berkata, mereka sudah berkawan hampir setahun dan setakat ini hubungan berjalan dengan baik.

"Dia juga sanggup datang untuk menemani pada majlis pelancaran minyak wangi saya ini. Buat masa ini, kami masih dalam proses mengenali hati budi lagi," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran minyak wangi By Maya Karin yang berlangsung di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur, di sini.

Ditanya mengenai perancangan untuk berkahwin dengan jejaka berusia awal 40-an itu, Maya berkata, dia belum meletakkan sasaran ke arah itu lagi.

"Masih jauh lagi untuk hubungan kami menuju ke fasa perkahwinan kerana saya lebih suka 'go with the flow'. Kalau ada jodoh kami, adalah," katanya kepada Harian Metro.

Pada masa sama, kata Maya, dia tidak mahu meletakkan harapan tinggi pada hubungan yang baru terjalin itu kerana banyak belajar dari pengalaman putus cinta sebelum ini.

"Saya pernah menjalinkan hubungan cinta dan hati saya sangat berbunga-bunga ketika itu tapi akhirnya ia putus di tengah jalan.

"Saya sakit hati dan terluka ketika itu. Justeru, bila usia semakin matang, saya tidak mahu bercinta seperti remaja kerana mahu menjaga hati sendiri terlebih dulu," katanya.

Disiarkan pada: March 18, 2023 @ 11:00am
d