rap

Nyanyi terbalik, Naim Daniel terima pengiktirafan MBOR

Kuala Lumpur: Penyanyi, Naim Daniel menerima pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records (MBOR) selepas tampil membuat persembahan nyanyian secara terbalik di Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37), baru-baru ini.

Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan, Naim berkata, persembahan itu dilakukan dengan pengawasan profesional.

"Sebelum melakukan persembahan terbalik itu, saya dan pihak pengurusan sudah berjumpa dengan produksi AJL37 serta doktor, untuk berbincang mengenai persembahan yang akan dilakukan.

"Selain itu, turut dititikberatkan bagaimana teknik pernafasan yang sesuai semasa berada di atas.

"Saya juga ingin mengingatkan kepada orang ramai, supaya jangan melakukan aksi ini tanpa pengawasan individu profesional," katanya.

Di AJL37, Naim mempersembahkan lagu Mainan secara tergantung dengan kaki di atas dan kepalanya di bawah, sekali gus mengejutkan penonton program secara langsung itu.

Disiarkan pada: March 22, 2023 @ 5:06pm
d