rap

Isteri Yonnyboii mengidam kuih akok di Kelantan

Oleh Syafil Syazwan Jefri

Cyberjaya: "Isteri mengidam makanan manis, seperti kuih akok. Tapi, ia bukanlah benda yang mudah."

Demikian kongsi penyanyi rap, Yonnyboii saat ditanya mengenai proses kehamilan isterinya, Nik Nazira Narriman yang kini sudah masuk ke usia enam bulan.

Yonnyboii ketika ditemui berkata, isterinya idamkan kuih akok, namun, inginkan kuih yang dijual di Kelantan.

"Tak mudah bila dia mengidam, sebab dia tak mahu kuih akok yang dijual di sini. Tapi, dia nak kuih akok dari Kelantan.

"Mujurlah ada sepupu dan bapa saudaranya yang sanggup terbang ke Kota Bharu untuk membeli kuih itu dan kembali ke Kuala Lumpur untuknya," katanya kepada Harian Metro.

Nazira ketika ditemui berkata, alahannya juga semakin reda berbanding ketika awal kehamilannya.

"Waktu dalam trimester pertama, memang alahan saya sangat teruk. Semua benda saya tak boleh nak makan. Bahkan, minum air kosong pun saya akan muntah.

"Disebabkan itu jugalah saya dehidrasi dan beberapa kali dimasukkan ke hospital. Sekarang, alhamdulillah semuanya semakin okay. Cuma ada ketikanya saya rasa pedih hulu hati," katanya.

Pasangan Yonnyboii dan Nazira berumah tangga pada 20 November 2021.

Disiarkan pada: March 28, 2023 @ 2:16pm
d