rap

Isteri Afiq Muiz fail tuntutan fasakh [METROTV]

Oleh Ramlah Zainal

Shah Alam: Isteri kepada pelakon Afiq Muiz, Pachara Apin membuat permohonan tuntutan fasakh terhadap suaminya.

Pachara atau Nur Aaira Mahdeya, 32, tiba di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Subang Bestari, di sini, pada jam 10.58 pagi, hari ini.

Dia yang hadir berseorangan dengan mengenakan jubah hitam dan pelitup muka turut menyambut sapaan media sebelum bergegas memasuki dewan.

Terdahulu pada 14 Mei 2021, Pachara membuat laporan polis mendakwa Afiq menampar bahagian mukanya sebanyak lima kali, selain menendang perut dan menumbuk dagu sebanyak dua kali.

Pachara mendedahkan perkara itu menerusi hantaran di Facebook pada 30 November tahun lalu.

Dia turut memuat naik beberapa foto menunjukkan kecederaan dialami, selain beberapa bukti perbualan dipercayai dengan ahli keluarganya.

Pada Disember tahun lalu, Afiq membuat laporan di Balai Polis Dengkil, Selangor selepas dituduh mencederakan Pachara.

Pasangan itu berkahwin pada 2019, namun belum dikurniakan cahaya mata.

Disiarkan pada: March 29, 2023 @ 12:07pm
d