rap

'Tunggu' - Syamsul Yusof [METROTV]

Oleh Ridzuan Abdul Rahman

 

Kuala Lumpur: "Saya nak pergi baca ikrar sekejap. 'No' komen," kata Syamsul Yusof, 39, sebaik tiba di kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini, jam 9.50 pagi, hari ini. 

Dia yang ditemani peguam, Azmi Mohd Rais juga enggan menjawab pertanyaan diajukan namun mengucapkan alhamdulillah apabila ditanya berkenaan perasaannya.

"Kita tunggulah nanti macam mana," katanya. Syamsul hadir hari ini untuk melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya yang juga pelakon Puteri Sarah Liyana, 38.

Pada 10 April lalu, mereka mencapai kata sepakat untuk bercerai hari ini agar kemelut di antara mereka tidak terus berpanjangan. 

Keputusan diambil selepas mereka berjumpa pada hari sebelumnya bagi melakukan perbincangan itu.

Terdahulu Puteri Sarah tiba di mahkamah pada jam 9.18 pagi ditemani ahli keluarga.

Dia juga berharap prosiding hari ini berjalan lancar memandangkan dia akan ke Indonesia untuk menjalani penggambaran selepas ini.

Disiarkan pada: April 18, 2023 @ 10:25am
d