rap

Puteri Sarah beraya dengan mentua

Oleh Norhayati Nordin

Kuala Lumpur: Perkongsian beberapa foto sambutan Aidilfitri pelakon, Puteri Sarah Liyana, 38, dan dua anaknya bersama mentua, Datuk Yusof Haslam Datin Patimah Ismail di kediaman penerbit filem itu cukup menarik perhatian netizen.

Menggayakan tema warna hijau sedondon dengan anaknya, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4, rata-rata netizen gembira melihat keakraban Puteri Sarah dan mentuanya yang rapat umpama anak kandung.

"The best mentua in the world @dpatimah012. Semoga @puterisarahliyana menjaga hubungan ini sebaiknya," tulis seorang netizen yang berasa kagum terhadap hubungan menantu dan mentua itu.

"Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir batin @syaikhulsumayyahofficial, @puterisarahliyana,@dpatimah012 dan Datuk Yusof Haslam. Semoga hari raya ini membawa beribu keberkatan dan rahmat buat kalian dan terus kekal bahagia," tulis seorang lagi netizen. 

 Semakan di ruangan komen mendapati kebanyakan netizen memang memberikan sokongan positif dan semangat kepada Puteri Sarah, termasuk terharu dan sebak dengan hubungan rapat dengan ibu bapa mentua.

Harian Metro sebelum ini melaporkan Yusof, 68, memaklumkan persiapannya Aidilfitrinya bersama keluarga setiap tahun dibuat sederhana saja.

Mereka sekeluarga juga akan bercuti ke Pulau Pinang esok. Difahammkan, mereka turut disertai Puteri Sarah dan dua anaknya. 

Disiarkan pada: April 22, 2023 @ 3:26pm
d