rap

Aiman Tino kini suami Syarah Haifa

Oleh Ridzuan Abdul Rahman

Kuala Lumpur: Penyanyi, Aiman Tino, 25, sah bergelar suami kepada pasangannya, Syarah Haifa, 24, dengan sekali lafaz dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Dewan Astana, Bamboo Hills, Taman Bamboo, di sini, tepat jam 5.41 petang tadi.

Pasangan terbabit dinikahkan oleh jurunikah Mohd Azri Ahmad Kamil Al-Hafiz, Penolong Pendaftar Nikah, Cerai, Rujuk Jabatan Agama Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) dengan mas kahwin RM5,000 manakala wang hantaran dirahsiakan.

Majlis disaksikan oleh keluarga dan kenalan rapat kedua-dua mempelai.

Pada majlis ini, Aiman turut memberikan seutas gelang tangan untuk isteri tercinta.

Aiman atau nama sebenarnya Mohamad Aiman dan Syarah atau Che Syarah Haifa Che Isa sudah berkawan hampir empat tahun dan mereka mengusahakan perniagaan cookies theogsbake bersama-sama.

Mereka mula rapat sejak lima bulan lalu dan dari situ Aiman nekad untuk membawa hubungan istimewa itu ke fasa seterusnya.

Aiman kemudian merisik Syarah pada Januari lalu. Pasangan mempelai ini akan mengadakan majlis resepsi di Magica Hall, Subang Bestari pada 6 Mei ini.

Disiarkan pada: April 27, 2023 @ 7:00pm
d