rap

'Kau ingat artis hamba abdi?' - Reen Rahim

Oleh Dayang Pretty Abbyana Datu Asis

Kuala Lumpur: Pelakon, Reen Rahim, 34, berang apabila dia dituduh sombong kerana tidak melayan peminat dalam sebuah acara jualan, semalam.

Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim menerusi hantaran di Instagram Story berkata, ketika itu dia tidak berada di gerai jualan miliknya kerana pergi ke tandas.

"Aku jadi panas, sebab baru ini ada yang viral artis di tuduh sombong.

"Mungkin artis lain sudah kena macam-macam, salahkah atau tidak mereka minta maaf walaupun tak salah. Tapi dengan aku silap kau silap," tulisnya di Instagram Story.

Dalam pada itu, Reen turut berkongsi komen seorang peminat yang tidak dapat mengambil gambar bersamanya.

Kejadian itu dipercayai berlaku selepas dia terbabit dalam acara yang berlangsung di Melaka, semalam.

Reen berkata, sekiranya 'peminat' itu datang dengan baik, maka dia bakal melayannya dengan baik juga.

"Kau datang elok, 10 kali elok aku sambut. Kau ingat artis ini hamba abdi?" katanya.

Disiarkan pada: May 29, 2023 @ 5:31pm
d