rap

Dah lebih 10 kali Farid cuba berbaik dengan Diana [METROTV]

Oleh Syafil Syazwan Jefri

Shah Alam: Farid Kamil, 42, masih dengan pendirian untuk menyelamatkan rumah tangganya dengan isteri yang juga pelakon, Diana Danielle, 32.

Farid ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di sini, berkata, Diana juga sudah menerima barang yang diberikannya sebelum ini melalui kedua-dua anak mereka, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

"Saya sangat positif. Kita sentiasa berfikir begitu kerana kita nampak, masih lagi ada harapan, masih ada tanggungjawab, masih ada masa depan dan masih ada cinta.

"Cincin pun sudah diterima. Lapan barang kemas pun sudah diterima. Dia ucapkan terima kasih dan dia sudah terima dua kali. Satu melalui Muhammad dan satu lagi melalui 'Princess' Aurora. Ucapan terima kasih pun dituturkan kepada anak-anak," katanya.

Farid juga tidak menafikan, dia sudah melakukan pelbagai percubaan dan usaha untuk memujuk hati isteri tercintanya itu.

"Dari awal sampai sekarang, apa yang saya cuba buat adalah mempertahankan keluarga saya dan mempertahankan perkahwinan kami.

"Banyak dah usaha dan saya rasa, dah lebih 10 kali percubaan saya buat untuk berbaik semula. Tapi, kata orang, sentiasa ada halangan yang tak sepatutnya. Belum sampai waktunya dan waktu itu akan tiba. Insya-Allah.

Selain prosiding laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes perceraian mereka, hari ini juga turut berlaku prosiding sebutan pertama bagi kes nusyuz yang difailkan oleh pihak Farid pada 6 April lalu.

Tuntutan nusyuz dibuat berikutan Farid tidak dibenarkan pulang ke rumah dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami.

Disiarkan pada: May 30, 2023 @ 5:31pm
d