rap

'Spider-Man' cipta rekod dunia

Oleh Syafil Syazwan Jefri

Kuala Lumpur: Malaysia melakar satu lagi sejarah apabila berjaya memecahkan Guinness World Records dengan mengadakan Pertemuan Dalam Kostum Spider-Man Terbesar (Largest Gathering in Spider-Man Costume).

Acara yang berlangsung semalam di AEON Mall Bukit Tinggi berjaya mengumpul 685 'Spider-Man' dari pelbagai usia dan jantina yang hadir memakai kostum karakter adiwira itu.

Rekod itu disahkan oleh wakil yang juga Pengadil Rasmi Guinness World Record, Kazuyoshi tepat jam 4.40 petang.

Di acara itu, semua peserta yang hadir diminta untuk kekal berada di ruang yang disediakan selama lima minit sekali gus memecahkan rekod terdahulu dengan jumlah 601 peserta dalam acara dianjurkan di India pada Disember 2021.

Kazuyoshi kemudiannya menyerahkan sijil penghargaan kepada Pengarah Urusan Sony Pictures Malaysia, Simon Foo dan Ketua Pegawai Harta AEON, Lee Beng Beng.

Disiarkan pada: June 4, 2023 @ 2:35pm
d