rap

Anna Jobling syukur akhirnya dapat lesen memandu

Oleh Georgie Joseph

Kuala Lumpur: Pelakon Anna Jobling, 23, bersyukur akhirnya berjaya memperoleh lesen memandu selepas dua tahun menanti kerana kekangan masa serta jadual seninya sangat ketat dalam tempoh itu.

Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman berkata, mungkin bagi sesetengah pihak, memiliki lesen memandu perkara biasa, tetapi dia tetap mahu meraikannya kerana ia adalah simbolik kepada hidup berdikari.

"Saya memang dah lama merancang nak ambil lesen memandu. Memandangkan saya memang mahu memandu dan memiliki kereta sendiri, tapi itulah, dua tahun baru ada masa.

"Bagi orang lain mungkin ia perkara biasa yang tak perlu dihebahkan. Tapi bagi saya ia sangat bermakna apatah memang sudah lama menantikannya.

"Rasa seperti sudah dewasa pula bila boleh memandu sendiri. Sebelum ini saya sentiasa ditemani ibu atau pengurus," katanya.

Terdahulu, Anna menerusi Insta Story memuat naik foto dia memotong kek dengan huruf 'P' sebagai simbolik kepada Lesen Memandu Percubaan yang diperolehnya, semalam.

Menurutnya, dia sudah lama merancang untuk menduduki ujian lesen memandu. Namun jadualnya yang ketat membuatkan dia mengatur hari yang tepat sehingga membawa kepada dua tahun penantian.

Walaupun belum memperoleh lesen, pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu terlebih dulu membeli kereta pertamanya pada April lalu.

Anna pada awalnya membeli kereta itu untuk dihadiahkan kepada ibunya, Azni Raihana Arop.

Disiarkan pada: July 14, 2023 @ 1:04pm
d