rap

Beto, isteri bahagia, belum ada rezeki timang cahaya mata

Oleh Zaara Talita

 

Kuala Lumpur: Pelakon Beto Kusyairy menjelaskan isterinya, Tisha Shahar tidak berbadan dua dan mereka bukan menantikan cahaya mata seperti yang tular di media sosial.

Tampil membuat penjelasan meletakkan noktah kepada teka-teki itu, Beto menyerahkan semuanya kepada ketentuan Allah SWT dan bahagia bersama isterinya biarpun belum dikurniakan zuriat.

"Kecoh di Tik Tok mengenai keadaan isteri saya, ada yang kata nampak 'baby bump', mengandung dan sebagainya. Jadi, saya ingin menjelaskan di sini, isteri saya tidak mengandung dan gambar yang diambil itu mungkin kerana 'angle'. 

"Jadi, saya ingin menjelaskan di sini, saya dan isteri bukan menantikan cahaya mata. Belum ada rezeki dan kami 'okay'. 

"Bukan suatu perkara yang menganggu atau pun membuatkan kami stress. Cukup setakat itu saja kerana kami berdua gembira dan bahagia. 

"Kalau ada rezeki, amin Alhamdulillah. Cuma setakat itu saja dan sekali lagi saya menjelaskan isteri saya tidak mengandung," kata Beto.

Selain kemenangan Beto atau nama sebenar, Nurkusyairy Zakuan Osman, malam tadi untuk kategori Pelakon TV Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular BH 35, perut isterinya turut menjadi perhatian.

Malah, tular apabila Beto dikatakan mengusap perut isterinya sebaik saja diumumkan mengenai kemenangannya itu. 

Berpakaian serba putih sedondon dengan isterinya, Beto menjelaskan perlu membuka mulut bagi memberi pencerahan berhubung salah faham itu.

Beto dan isteri mendirikan rumah tangga sejak 14 tahun lalu.

 

Disiarkan pada: July 22, 2023 @ 8:32pm
d