rap

Sophia Albarakbah putus cinta dengan 'Mr Doktor'

Oleh Najiy Jefri

Kuala Lumpur: Pelakon popular, Sophia Albarakbah, 30, mengesahkan hubungan cintanya dengan lelaki dikenali Mr Doktor sudah berakhir.

Sophia berkata, perpisahan adalah perkara perit untuk dilalui memandangkan hubungannya dengan lelaki itu sudah hampir dua tahun.

"Saya enggan ulas banyak soal perpisahan ini kerana kurang gemar berkongsi kehidupan peribadi kepada umum.

"Walaupun sudah berpisah, hubungan kami baik sebagai kawan. Selama ini saya susah rasa suka atau selesa dengan seseorang. Bila saya sayangkan seseorang itu, saya akan berikan sepenuh perhatian.

"Sebab itulah, saya dah tak mahu fikir soal cinta lagi selepas ini. Biarlah saya fokus dengan kerjaya seni saya sahaja," katanya.

Menurut Sophia, dia tidak menyedari berat badannya semakin susut dan tidak menolak salah satunya berpunca akibat putus cinta.

"Putus cinta pun salah satu faktor kerana saya kurang selera makan, tetapi mungkin sebab saya amalkan diet juga. Jujurnya saya pun tak perasan saya dah kurus sehinggalah ada kawan-kawan yang tegur," katanya.

Disiarkan pada: September 9, 2023 @ 1:20pm
d